




Melangkah Ke Alam Perkahwinan
Kurangnya persediaan untuk menjadi pasangan yang bertanggungjawab menjadi punca utama sesebuah rumahtangga menghadapi masalah dan konflik. Oleh kerana itu pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga disarankan supaya melengkapkan diri dengan asas-asas perkahwinan yang mantap. Memahami tujuan dan harapan perkahwinan serta mematuhi tatasusila pertunangan yang dapat menjamin rumahtangga yang bahagia dan berkekalan.
Erti perkahwinan
Tujuan perkahwinan
1. Persediaan Minda dan Kerohanian.
Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri.Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Banyakkan membaca dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah melalui alam rumahtangga tentang cara-cara mengatasi masalah. Jangan cepat melenting. Ia mungkin membawa padah. Dan juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting,begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi,menguruskan sumber (masa,wang dan tenaga) dan kemahiran mengatasi tekanan.
2. Persediaan Fizikal
Bakal pasangan perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.Dan juga bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual.Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga.Ia juga merupakan faktor utama bagi membolehkan pasangan mendapatkan zuriat. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita,mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan,kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan-perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung.Umur yang ideal bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun.
3. Persedian Kewangan
Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya.Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.
4. Persediaan Sosial
Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas kedua-dua pihak. Contohnya mereka yang berumahtangga kini mempunyai hubungan sosial dengan mertua dan saudara mara pasangan.Oleh itu bakal pasangan perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mentua masing-masing. Ini termasuklah gaya hidup dan pergaulan.
5. Persediaan Spiritual
Melicinkan Kaki dan Tangan
Bahan-bahan:
6 sudu besar madu asli
4 sudu besar garam kasar
1 biji limau nipis
1 sudu besar minyak zaitun
Cara Membuat
Campurkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk
Perahkan air limau ke dalam campauran bahan tadi
Kacaukan adunan tersebut sehingga sebati tetapi jangan sampai garam terlarut
Ambil satu sudu campuran bahan tersebut dan gosok perlahan-lahan pada tangan dan kaki anda termasuklah pada bahagian kuku. Bilas dengan air dan biarkan kering.
Petua ini juga boleh diamalkan pada bahagian kasar pada siku dan lutut.
Kulit Berminyak
Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yang terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat. Untuk mencegahnya:
Tips Melambatkan Tumbuhnya Uban
Vitamin B berperanan dalam melancarkan pengeluaran minyak untuk menjaga kelembapan dan kesihatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau daun, bijiran, hati, yogurt dan pisang.
semoga berpuas hati..
apa yang anda cari ada disini..
selamat melayari blog babyanje..